Thursday, 18 October 2012

SISTEM SURIA

Jasad-jasad dalam Sistem Suria

1.    Matahari
Satu-satu Stellar dalam Sistem Suria yang akan mengeluarkan cahaya dan haba. Merupakan jasad yang terbesar dalam Sistem Suria.


2.    Planet
Merupakan jasad samawi yang mengeliling Matahari dan mempunyai jisim yang mencukupi untuk membentuk grativitinya sendiri bagi mengatasi daya jasad tegar.
Terdapat lapan planet dalam sistem suria:
- Utarid
- Zuhrah
- Bumi
- Marikh
- Musytari
- Zuhal
- Uranus
- Neptun
Pluto merupakan sebuah planet dari 9 planet pada sebelum ini. Pada mulanya ia dianggap sebagai sebuah planet tetapi kini, ia digelar planet kerdil dan dikeluarkan daripada kalangan planet sistem suria, sebab saiznya terlalu kecil.


3.     Satelit semula jadi
 Merupakan jasad yang mengeliling Planet dengan orbit sendirinya. Bulan merupakan satu-satunya Satelit semula jadi bagi Bumi. Adanya Planet yang mempunyai satelit semula jadi yang lebih daripada 2 satelit semula jadi dan adanya planet tiada satelit 

4.     Asteroid
Jasad-jasad kecil cakerawala yang mengelilingi orbit Marikh dan Musytari. Terdiri daripada campuran ketulan batu dan logam
Contoh :Pallas, Ceres, Gaspra

5.     Komet
Jasad yang mengelilingi matahariKetulan ais yang terbentuk daripada campuran gas dan debu beku. Mempunyai kesan ekor yang bercahayaOrbit komet lebih besar dari orbit planet yang lain. Mengambil masa berjuta-juta tahun untuk melengkapkan pusingan.

6.    Meteroid
Ketulan batu atau logam kecil yang terapung-apung dalam sistem suria. Tidak mempunyai orbit sendiri. Terbentuk dari sisa komet atau asteroid. Apabila memasuki ruangan atmosfera – meteoroid akan terbakar dan membentuk meteorit.

7 comments: